SELAMAT DATANG KE BLOG TAMAN SERI KEMUNING....

Sabtu, 28 November 2015

Lawatan integrasi Nasional KRT Zon Johor Bharu

Pada 20 November 2015, pada jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Aktiviti Taman Seri Kemuning Jitra iaitu dimana terletaknya KRT taman seri kemuning telah menerima rombongan seramai lebih kurang 80 orang dari KRT Zon Johor Bharu, yang telah membuat lawatan integrasi nasional ke KRT dalam parlimen kubang Pasu.

Rombongan tersebut di ketuai oleh pegawai-pegawai dari JPNIN Negeri Johor, mereka telah di sambut  mesra oleh komuniti Taman seri Kemuning serta Ajk krt Taman Seri Kemuning dengan dihidangkan pelbagai juadah hasil buah tangan penduduk setempat.

Jelas terlihat rombongan berpuashati dan masing-masing bertukar-tukar fikiran serta berbual mesra. Sebelah tengahari rombongan bertolak ke Hatyai.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan