SELAMAT DATANG KE BLOG TAMAN SERI KEMUNING....

Sabtu, 28 November 2015

Lawatan integrasi Nasional KRT Zon Johor Bharu

Pada 20 November 2015, pada jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Aktiviti Taman Seri Kemuning Jitra iaitu dimana terletaknya KRT taman seri kemuning telah menerima rombongan seramai lebih kurang 80 orang dari KRT Zon Johor Bharu, yang telah membuat lawatan integrasi nasional ke KRT dalam parlimen kubang Pasu.

Rombongan tersebut di ketuai oleh pegawai-pegawai dari JPNIN Negeri Johor, mereka telah di sambut  mesra oleh komuniti Taman seri Kemuning serta Ajk krt Taman Seri Kemuning dengan dihidangkan pelbagai juadah hasil buah tangan penduduk setempat.

Jelas terlihat rombongan berpuashati dan masing-masing bertukar-tukar fikiran serta berbual mesra. Sebelah tengahari rombongan bertolak ke Hatyai.








Sabtu, 2 Mei 2015

Program Saringan Kesihatan, Senamrobik & Gotong-royong

Pada 30.4.2015, bertempat di Taman Awam Taman Seri Kemuning telah berlangsung satu program, "Saringan Kesihatan,Senamrobik dan Majlis Gotong-royong bersama komuniti setempat. Majlis bermula dari Jam seawal 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang.

Program tersebut berjalan dengan lancar dengan kerjasama JKKK Taman Seri Kemuning, Majlis Daerah Kubang Pasu, JPP Zon 15, Pejabat Kesihatan Jitra, KOSPEN , Yayasan Sultanah Bahiyah dan Pejabat KEMAS Daerah Kubang Pasu.

Senamrobik....KOSPEN

Pemeriksaan Darah

BMI


Gotong-royong
Taklimat KOSPEN

Sedang Mendapatkan Tekanan Darah

Kaunter Pendaftaran









Khamis, 26 Mac 2015

Mesyuarat Agong Tahunan 2015 kali ke-15

Pada 26 Mac 2015, bertempat di Pusat Aktiviti Taman seri Kemuning, jam 3.00 ptg, telah berlangsung majlis Mesyuarat Agong bagi Pertubuhan Khairat Kematian, Taman seri Kemuning bagi kali ke 15 penubuhannya.

Majlis dihadiri seramai 45 orang ahli yang mempunyai kelapangan bagi menunaikan tanggongjawab dalam Mesyuarat tersebut.
Setiausaha membentangkan laporan tahunan...

Ahli memberikan tumpuan dlm pembentangan......


Pengundian Usul...


Khamis, 19 Mac 2015

Mesyuarat AJK Umno Taman Seri Kemuning


Sebahagian AJK yang Hadzir

Khamis 19 Mac 2015, jam 9.30 malam bertempat di Pusat Aktiviti Taman seri Kemuning Jitra, telah berlangsung mesyuarat Ahli Jawatankuasa bagi membuat keputusan serta  menetapkan tarikh mesyuarat agong Umno cawangan Taman seri kemuning yang ditetapkan pada April 2015.

Majlis telah di hadiri oleh sebahagian besar AJK dan masing-masing telah bersetuju atas apa-apa cadangan yang di usulkan.


Pn. Setiausaha ...sedang mencatit sesuatu..




Ketua Umno Cawangan

Ketua Wanita

Isnin, 16 Mac 2015

Bantuan Kepada Pesakit Leokimia

Pada 25hb. Januari 2015, bertempat di Kuarters JKR Bt. 13, Jalan Changlon, wakil kepada YB Ahli  Parlimen kubang Pasu (Chigu Zul) ditemani oleh Pengerusi serta AJK JKKK Taman seri Kemuning Jitra hadzir sama di majlis penyerahan kerusi roda kepada pesakit leokimia En. Mohd Arman b. Hashim yang merupakan ahli Umno Cawangan Taman Seri Kemuning.

Pengerusi serta seluroh AJK JKKK Taman seri Kemuning, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Mohd Johari b. Baharom, selaku Ahli Parlimen kubang Pasu di atas keperihatinan beliau.

Cikgu Zul.....terima kasih

En. Mohd Arman b. Hashim (atas kerusi roda)

sedang membantu mencuba kerusi roda...


Jumaat, 6 Mac 2015

Program Percernaan Minda

Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin
Pada 5 Mac 2015, bertempat di Surau Taman Seri Kemuning, Jitra, pihak Badan Kebajikan dengan Kerjasama KRT Taman Seri Kemuning telah menganjurkan 'Program Pencernaan Minda'. Majlis telah mendapat sambutan yang menggalakan dari seluroh komuniti muslim Taman-taman di sekitarnya.

Program tersebut bermula pada sebelah malam selepas sholat magrib dan majlis berlangsung sehingga jam 11.00 malam, dan penceramah ialah Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Ketua Bahagian Dakwah PDRM, IPK Negeri Kedah. Penganjur telah menyediakan sedikit jamuan kepada hadirin yang hadzir. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan bagi  memeriahkan progran tersebut.







Rabu, 21 Januari 2015

Majlis sambutan maulidul rasul pada 15 Januari 2015 yang berlangsung di Surau Taman Seri Kemuning pada jam 9.00 malam. Pada sebelah siang hari penduduk turut dikejutkan dengan lawatan YB Aminuddin ADUN Jitra, yang hadzir memberikan sumbangan kepada warga mas Taman Seri Kemuning.