SELAMAT DATANG KE BLOG TAMAN SERI KEMUNING....

Selasa, 24 Mei 2016

Lawatan Ke Muzium Padi

Tanggal 12 Februari 2016, Jkkk Taman Seri Kemuning telah menggadakan lawatan ke Muzium Padi, bagi melihat panorama semasa.
Lawatan tersebut di sertai oleh ajk serta penduduk-penduduk taman serta keluarga untuk menambah ilmu pengetahuan dan melihat pembangunan semasa ibu negeri itu.

Mesyuarat AJK JKKK May 2016

Pada 23/5/2016, jam 9.30 malam bertempat di rumah setiausaha JKKk Taman Seri Kemuning telah berlangsung mesyuarat ahli jawatankuasa bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kesejahteraan komuniti taman serta beberapa program yang telah disusumatur sempena bulan ramadhan 'al-mubarak' ini. Diantara program yang dibincangkan ialah majlis berbuka puasa,serta meraikan ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim yang dijadualkan sepanjang ramadhan ini. Dalam perbincangan tersebut majlis telah sebulat suara bersetuju dan bakal dilaksanakan nanti. Selain daripada itu pihak ajk juga bercadang mengadakan majlis israk mikraj pada 26/5/2016, selepas sholat magrib bertempat di surau al-taqwa, Taman Seri Kemuning dengan pencerahnya ialah ustaz Lutfi Amir. Komuniti dipersekitaran amat dialu-alukan kehadziran bagi memeriahkan majlis.