SELAMAT DATANG KE BLOG TAMAN SERI KEMUNING....

Rabu, 28 Disember 2016

Bersemangat dengan azam baru...selamat tinggal 2016

Ahad, 25 Disember 2016

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 telah di raikan serentak di seluroh Negara pada 8 Oktober 2016 yang lalu termasuk di kawasan kampong, taman dan daerah yang melibatkan sejumlah 22,500 aktiviti. Sekretariat HSN 2016 menyasarkan seramai tujuh juta orang iaitu 20 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia akan menyertainya, untuk tahun ini, sambutan utama yang berlangsung di Putrajaya sahaja membabitkan penyertaan kira-kira 30,000 orang yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan rakyat Malaysia turut menyertainya acara bersenam ketika merasmikan HSN 2016 di Presint 2. Dalam pada itu sambutan yang sama juga telah di raikan diperingkat taman-taman dan kampong melalui penganjuran JKKK dan JPP dalam merialisasikan program yang bermakna itu.

Selasa, 24 Mei 2016

Lawatan Ke Muzium Padi

Tanggal 12 Februari 2016, Jkkk Taman Seri Kemuning telah menggadakan lawatan ke Muzium Padi, bagi melihat panorama semasa.
Lawatan tersebut di sertai oleh ajk serta penduduk-penduduk taman serta keluarga untuk menambah ilmu pengetahuan dan melihat pembangunan semasa ibu negeri itu.

Mesyuarat AJK JKKK May 2016

Pada 23/5/2016, jam 9.30 malam bertempat di rumah setiausaha JKKk Taman Seri Kemuning telah berlangsung mesyuarat ahli jawatankuasa bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kesejahteraan komuniti taman serta beberapa program yang telah disusumatur sempena bulan ramadhan 'al-mubarak' ini. Diantara program yang dibincangkan ialah majlis berbuka puasa,serta meraikan ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim yang dijadualkan sepanjang ramadhan ini. Dalam perbincangan tersebut majlis telah sebulat suara bersetuju dan bakal dilaksanakan nanti. Selain daripada itu pihak ajk juga bercadang mengadakan majlis israk mikraj pada 26/5/2016, selepas sholat magrib bertempat di surau al-taqwa, Taman Seri Kemuning dengan pencerahnya ialah ustaz Lutfi Amir. Komuniti dipersekitaran amat dialu-alukan kehadziran bagi memeriahkan majlis.

Isnin, 25 Januari 2016

Mesyuarat JKKK 1/2016

Mesyuarat JKKK Taman Seri Kemuning telah diadakan pada 25/1/2016, jam 9.00 malam bertempat di Pusat Aktiviti Taman Seri Kemuning Jitra.