SELAMAT DATANG KE BLOG TAMAN SERI KEMUNING....

Khamis, 26 Mac 2015

Mesyuarat Agong Tahunan 2015 kali ke-15

Pada 26 Mac 2015, bertempat di Pusat Aktiviti Taman seri Kemuning, jam 3.00 ptg, telah berlangsung majlis Mesyuarat Agong bagi Pertubuhan Khairat Kematian, Taman seri Kemuning bagi kali ke 15 penubuhannya.

Majlis dihadiri seramai 45 orang ahli yang mempunyai kelapangan bagi menunaikan tanggongjawab dalam Mesyuarat tersebut.
Setiausaha membentangkan laporan tahunan...

Ahli memberikan tumpuan dlm pembentangan......


Pengundian Usul...


Khamis, 19 Mac 2015

Mesyuarat AJK Umno Taman Seri Kemuning


Sebahagian AJK yang Hadzir

Khamis 19 Mac 2015, jam 9.30 malam bertempat di Pusat Aktiviti Taman seri Kemuning Jitra, telah berlangsung mesyuarat Ahli Jawatankuasa bagi membuat keputusan serta  menetapkan tarikh mesyuarat agong Umno cawangan Taman seri kemuning yang ditetapkan pada April 2015.

Majlis telah di hadiri oleh sebahagian besar AJK dan masing-masing telah bersetuju atas apa-apa cadangan yang di usulkan.


Pn. Setiausaha ...sedang mencatit sesuatu..




Ketua Umno Cawangan

Ketua Wanita

Isnin, 16 Mac 2015

Bantuan Kepada Pesakit Leokimia

Pada 25hb. Januari 2015, bertempat di Kuarters JKR Bt. 13, Jalan Changlon, wakil kepada YB Ahli  Parlimen kubang Pasu (Chigu Zul) ditemani oleh Pengerusi serta AJK JKKK Taman seri Kemuning Jitra hadzir sama di majlis penyerahan kerusi roda kepada pesakit leokimia En. Mohd Arman b. Hashim yang merupakan ahli Umno Cawangan Taman Seri Kemuning.

Pengerusi serta seluroh AJK JKKK Taman seri Kemuning, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Mohd Johari b. Baharom, selaku Ahli Parlimen kubang Pasu di atas keperihatinan beliau.

Cikgu Zul.....terima kasih

En. Mohd Arman b. Hashim (atas kerusi roda)

sedang membantu mencuba kerusi roda...


Jumaat, 6 Mac 2015

Program Percernaan Minda

Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin
Pada 5 Mac 2015, bertempat di Surau Taman Seri Kemuning, Jitra, pihak Badan Kebajikan dengan Kerjasama KRT Taman Seri Kemuning telah menganjurkan 'Program Pencernaan Minda'. Majlis telah mendapat sambutan yang menggalakan dari seluroh komuniti muslim Taman-taman di sekitarnya.

Program tersebut bermula pada sebelah malam selepas sholat magrib dan majlis berlangsung sehingga jam 11.00 malam, dan penceramah ialah Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Ketua Bahagian Dakwah PDRM, IPK Negeri Kedah. Penganjur telah menyediakan sedikit jamuan kepada hadirin yang hadzir. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan bagi  memeriahkan progran tersebut.